Dulu kita pernah di kejutkan dengan kisah ular naga ni di Sungai Muar yang telah mendapat perhatian meluas di seluruh Malaysia. Anda masih ingat lagi ? tetapi yang mereka temui bukan ular naga tersebut tetapi batang paip lah pula. Nak tahu kisah tentang ular naga ni ? Jom baca selanjutnya Benarkah Wujudnya Ular Naga Di Sungai Muar? Berita mengenai ular yang dikatakan lebih besar daripada batang kelapa di bawah tapak Pasar Awam Muar, Jalan Maharani, menyebabkan lebih 10,000 orang mengunjungi jeti di tepi sungai di pasar itu, sejak awal pagi semalam.
Malah, orang ramai dari luar Muar termasuk Singapura, Segamat, Kluang dan Melaka sanggup bersesak di jeti kecil itu dengan harapan untuk melihat kelibat ular berkenaan. Orang ramai yang turut membawa keluarga dan anak kecil juga sanggup menahan bau busuk di tepi pasar itu yang turut diletakkan tong sampah besar, semata-mata untuk melihat lokasi yang dikatakan menjadi tempat persembunyian ular berkenaan. Cerita ular besar itu juga turut menarik perhatian pihak stesen televisyen apabilasekumpulan krew rancangan Misteri Nusantara terbitan TV3 turut berada di lokasi berkenaan sejak petang semalam. Tinjauan Berita Harian mendapati orang ramai mula mengunjungi jeti itu sejak kira-kira jam 12.30 pagi semalam dan selepas waktu pejabat suasana di jeti itu bertukar seolah-olah tapak pesta dengan orang ramai berkumpul di lokasi berkenaan.
Keadaan itu juga menyebabkan kesesakan teruk di sekitar bandar berkenaan sehingga anggota polis trafik terpaksa dipanggil untuk mengawal lalu lintas. Pegawai Daerah, Datuk Mohd Naim Nasir turut berada di jeti itu untuk meninjau kekecohan berkenaan. Ketika ditemui Mohd Naim menafikan terdapat operasi besar-besaran untuk menangkap ular di pasar berkenaan. Katanya, beliau sudah menghubungi semua agensi terbabit dan dimaklumkan bahawa setakat ini tidak terdapat sebarang usaha atau operasi berkaitan menangkap ular di kawasan berkenaan. “Saya tidak tahu bagaimana berita mengenai penemuan ular besar itu boleh timbul sehingga menarik ramai orang ke jeti berkenaan. Pejabat Daerah dan saya sendiri juga menerima banyak panggilan telefon daripada orang ramai yang ingin kepastian mengenai berita berkenaan. “Apa yang pasti kita tidak akan menjalankan operasi menangkap ular berkenaan. Persoalannya adakah terdapat ular sebenar itu yang boleh mencatatkan rekod dunia di bawah pasar berkenaan kerana setakat ini tiada bukti dakwaan itu,” katanya.
Semalam Berita Harian melaporkan mengenai penduduk bandar itu digemparkan dengan cerita seekor ular besar dilihat di tepi sungai di tepi pasar berkenaan yang disebarkan sejak beberapa hari lalu. Masyarakat daerah itu dikejutkan dengan berita mengenai pihak tertentu termasuk beberapa bomoh terkenal dari Indonesia dan Thailand dengan bantuan pasukan bomba akan menjalankan operasi menangkap ular berkenaan. Bagaimanapun pasukan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Perlindungan Hidupan Liar (Perhilitan) Muar termasuk pengurusan Pasar Awam Muar menafikan pihaknya akan menjalankan operasi berkenaan. Sementara itu Pengerusi Persatuan Peniaga Pasar Awam Muar, Rosli Laham, berkata,sejak awal pagi semalam, orang ramai tidak putus-putus mengunjungi jeti kecil di tepi pasar berkenaan dengan harapan untuk melihat ular besar.
“Sejak awal pagi, saya agak hampir 10 ribu orang keluar masuk ke jeti sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas dan menimbulkan kebimbangan mengenai keselamatan pengunjung berikutan kawasan itu sempit dan orang ramai pula bersesak-sesak.”Kita menjangkakan lebih ramai lagi orang akan datang ke jeti itu esok (hari ini) dan kita sudah meminta bantuan polis bagi memastikan keselamatan dan keadaan lalu lintas terkawal,” katanya Nota : Wujud atau tidak ular ini tak dapat di pastikan .. ada orang kata pernah jumpa tetapi pihak bomba menjumpai paip sahaja. Hanya Allah sahaja yang tahu. Apa komen korang ? cuba kongsikan sedikit.
Sumber di petik : Melayukini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Ular Naga Berenang-Renang Di Sungai Muar?"
Post a Comment