Menurut kajian, badam mengandungi vitamin E, lemak tak tepu, magnesium dan antioksidan yang membantu meningkatkan aliran darah. Amalan makan badam juga dikatakan turut membantu menambahbaik kesihatan pada organ terutamanya hati.
Badam Membantu Membakar Lemak
Rasanya ramai yang akan terbeliak mata bila tengok tajuk kecil kat atas tu – badam membantu pembakaran lemak badan, sekaligus membantu menurunkan berat badan. Bukan ‘gimmick’ tapi dah dibuktikan berdasarkan kajian yang diterbitkan dalam International Journal of Obesity.
Menurut penyelidikan berkenaan, pengambilan satu genggam badam setiap hari bersama menu diet sihat boleh membantu membakar 18 peratus lebih banyak lemak berbanding kategori diet yang tak makan badam.
Dalam satu kajian lain pula dikatakan bahawa badam juga dipercayai membantu menurunkan paras kolesterol LDL (kolesterol jahat) sehingga 12 peratus. Jadi, badam bagus untuk jantung selain membantu membakar lemak.
Selain itu, khasiat badam juga boleh diraih melalui minyaknya…
Khasiat Minyak Badam
Minyak tulen yang dihasilkan daripada buah badam adalah pelembap semulajadi untuk membantu menjaga kulit daripada mudah kering. Minyak badam secara semulajadinya memberikan makanan dan meng’hidup’kan kembali sel-sel kulit yang mati.
Dan minyak yang ada dalam estrak badam juga dikatakan berkesan untuk mengubati masalah rambut, terutamanya yang menghadapi masalah rambut gugur. Minyak badam turut membantu menggalakkan pertumbuhan rambut.
sumber : http://www.petuatradisional.com/tips/khasiat-badam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Khasiat Badam dalam Merawat Penyakit"
Post a Comment