Petua Hilangkan Demam Campak

Tanda-tanda :

  • Mata merah, bengkak
  • Batuk ( kerana bintik-bintik tumbuh di dalam )
  • Peluh berbau hanyir
  • Bagi kanak-kanak dan bayi ( menangis lebih )


  1. Jangan makan ubat untuk menurunkan panas badan, biarkan panas tersebut sekurang-kurangnya 3 hari, supaya chicken pop tidak terbantut.
  2. Selepas 3 hari, ianya akan keluar ( bintik2 merah @ bintik2 air )
  3. Jangan makan makanan bergoreng. * Cik bieha makan ikan bakar dan singgang sahaja.
  4. Jangan makan sotong, udang, ayam ( makanan yg gatal bukan menggatal yer.hehehe)
  5. Jika tidak dapat menahan kepanasan badan, guna tuala lembab letak di kepala, ketiak dan lap2 seluruh badan @ gunakan cool fever.
Cara Merawat :
  • Selepas campak @ chicken pop keluar..........
  • Bagi pesakit minum air kelapa (kelapa hijau sahaja ) dengan makan sedikit air kelapa untuk beberapa hari.
  • Bacakan doa pada bahan2 ( daun mambu - akan di ceritakansebentar lagi) dan air kelapa
  • Kerapkan mandi, mandi dengan perlahan, dari kaki dan naik ke atas badan dan akhir sekali barulah air kelapa. 
  • Untuk mengelakkan gatal dan kerengsaan, mandi dengan air daun mambu ada yg menggelar pokok  pahit.( boleh rebus daun tersebut @ pecah2 kan daun tersebut dalam air )
  • letakkan daun tersebut juga di bawah bantal atau cadar atau katil. * nealopah letak bawah cadar.

Membantu mengeluarkan 'campak' dari tubuh

Tanda campak telah habis dan pantang larang.
  • Tanda campak habis, kelihatan bintik-bintik merah di tapak kaki.
  • Tidak boleh terkena air hujan (akan meninggalkan parut hitam)
  • Tidak boleh mandi laut selama 6 bulan 
Petua Menghilangkan Parut
  • Daun asam jawa ditumbuk lumat dan di campur bedak sejuk
  • Sapukan pada parut waktu malam sebelum tidur
  • Pada paginya mandi menggunakan air yang telah didoakan.
  • Amalkan 3 kali sehari dan 3 hari berturut-turut.
Kombinasi ayat yang perlu dibaca : 
  • Al-fatihah
  • Selawat Syifa'
  • lau anzalna ...... ( Surah Al-Hasyr ayat 21-24)
Insyaallah demam akan sembuh dan parut akan hilang.

 selawat syifa'


( Surah Al-Hasyr ayat 21-24)



0 Response to "Petua Hilangkan Demam Campak"

Post a Comment