Petua Minyak Kasturi dalam kehidupan Seharian

Kasturi adalah sebatian wangian yang biasanya digunakan sebagai not asas dalam pembuatan minyak wangi. Ia diperolehi daripada pelbagai sumber seperti dari bintil kelenjar yang ditemui pada bahagian perut, leher dan genital kijang jantan, pelbagai tumbuhan yang mengeluarkan wangian serta penghasilan secara tiruan.

Kasturi telah digunakan sejak zaman berzaman dan merupakan salah satu produk daripada haiwan yang paling mahal dalam dunia. Kura-kura, musang dan tikus adalah antara haiwan yang menghasilkan kasturi selain daripada kijang jantan.

Lebih Dari Sekadar Minyak Wangi

Selain digunakan sebagai minyak wangi, kasturi juga mempunyai kebaikan dari sudut kesihatan. Perubatan Ayurveda menggunakan kasturi untuk mengubati penyakit asma, demam, sakit kepala, histeria, luka luaran, pendarahan dalaman dan sebagainya. Dalam perubatan tradisional Cina, kasturi dipercayai mampu menyedarkan seseorang yang pengsan atau pitam, melancarkan peredaran darah, mengurangkan bengkak dan menyingkirkan darah haid.

Status Kehalalan Kasturi

Pemakaian minyak kasturi sememangnya menjadi kelaziman muslimin dan muslimat yang menggemari minyak wangi. Namun, disebabkan punca penghasilan minyak wangi ini yang berasal dari haiwan dan kaedah mendapatkannya memerlukan haiwan itu dibunuh (atau disembelih), beberapa persoalan fikah perlu diambil berat.

Jawapan kepada masalah ini dihuraikan dengan syarat-syarat yang perlu dipatuhi:

Hendaklah darah dalam bintil kelenjar haiwan tersebut telah membeku sebelum minyak diambil.
Minyak kasturi yang diambil adalah suci digunakan jika bintil kelenjar itu tidak terkena najis.

Selagi mana darah haiwan atau minyak kasturi itu tidak dicemari dengan bahan-bahan yang diharamkan oleh syarak ( contohnya alkohol), maka minyak itu halal untuk digunakan.

Berdasarkan kajian yang dibuat oleh Ilmuan Islam terutamanya Imam Ibnul Qayyim al Jauziyyah RA dan ahli-ahli perubatan Islam, minyak kasturi mempunyai khasiat-khasiat seperti:

* Menenangkan hati dan jiwa
* Mencerdikkan akal dan menyihatkan otak
* Menghilangkan ketakutan dan kebimbangan
* Menghilangkan debaran jantung
* Menghilangkan sesak nafas dan melegakan asma
* Menyedarkan orang pengsan
* Memperkuatkan organ luaran dan dalaman tubuh
* Menghilangkan rasa gementar
* Menghilangkan rasa sejuk tubuh
* Mengelakkan gangguan makhluk halus, histeria, sihir dan pukau
* Mencegah wabak penyakit dan virus.
* Mengamalkan sunnah Rasulullah saw
* Mengelakkan sawan tangis dan sawan malam khususnya untuk bayi dan anak-anak kecil. Sapu pada pakaian.
* Memberi kekuatan kepada ruh (khusyuk ketika berzikir dan beribadah). Elok dipakai semasa berzikir, membaca al Quran dan bertahajjud.

Berikhtiar Dengan Minyak Kasturi

Kelebihan minyak kasturi memang tidak boleh dipertikaikan lagi. Jika minyak wangi ini dipakai untuk mencapai kehendak dan cita-cita seseorang, Insya-Allah ia pasti dimakbulkan.

Minyak kasturi yang telah dibacakan dengan ayat-ayat suci al-Quran serta doa-doa adalah alternatif terbaik untuk muslimin dan muslimat yang inginkan anak-anak berjaya di dalam pelajaran dan mudah mendengar nasihat.

Cara menggunakan Minyak Kasturi Anugerah adalah dengan membaca Surah al-Fatihah dan selawat 3 kali sambil menghadap kiblat.

Kemudian, sapukan sedikit Minyak Kasturi Anugerah pada ubun-ubun anak anda dan diusap kepalanya sambil melafazkan niat kepada Allah S.W.T. Suruh anak anda bau minyak kasturi tersebut sedalam-dalamnya sambil berselawat sebanyak 3 kali.

Bagi anak yang sukar bekerjasama dengan anda, campurkan titisan Minyak Anugerah ke dalam air mandian mereka.

sumber : http://www.anugerahquran.com/


0 Response to "Petua Minyak Kasturi dalam kehidupan Seharian"

Post a Comment