Apakah Maksud Warna Pada Ubat GiGi?

Kod warna itu memberi maksud lain yang tiada kena-mengena dengan kandungan ubat gigi tersebut. Mungkin ada di antara anda pernah terjumpa dengan artikel yang mendakwa bahawa "kod warna" di bahagian bawah tiub ubat gigi itu memberitahu kandungan di dalam ubat gigi. Mereka mendakwa bahawa jika tiub ubat gigi mempunyai warna :

MERAH : Bahan semula jadi + bahan kimia
BIRU : Bahan semula jadi + bahan ubatan
HIJAU : Bahan semula jadi sahaja
HITAM : Bahan kimia sahaja


TETAPI ADAKAH BENAR SEPERTI YANG DISEBARKAN????? SALAH. Kod warna itu langsung tak memberi apa-apa maklumat tentang kandungan ubat gigi.

Sebenarnya, warna-warna tersebut digunakan oleh mesin pemproses di kilang ubat gigi tersebut. Ia dipanggil "eye marks" atau "eye spots" Eye marks ini digunakan oleh sistem kamera elektronik mesin pembungkusan yang moden. Ia memberi arahan untuk mesin tersebut supaya melakukan tugas-tugas spesifik seperti memotong, mengapit, membentuk tiub ubat gigi dan lain-lain.

Selain itu, ia boleh juga memberi arahan untuk mencetak sesetengah warna pada pembungkus barang. Jika tiada tanda eye marks seperti ini, mesin mungkin tersalah memotong pembungkus kerana tiada 'tanda potong'.

Jika ada yang bertanya "kenapa setiap ubat gigi tu warnanya lain-lain?", ini kerana setiap pengilang mempunyai cara penandaan yang tersendiri dan mungkin berbeza dengan jenama lain. Tambahan pula, warna yang berlainan mungkin memberi maksud arahan yang berlainan.


0 Response to "Apakah Maksud Warna Pada Ubat GiGi?"

Post a Comment