Guangzhou: Seorang lelaki di China membelanjakan sebanyak 500,000 yuan (RM300,000) untuk membeli 99 telefon pintar iPhone6 dalam usaha memikat hati seorang rakan sekerja, semalam.
Lelaki itu yang dikatakan menghabiskan semua wang simpanannya yang dikumpulkan selama dua tahun, menyusun telefon baru itu untuk membentuk lambang hati di tengah-tengah lot parkir berhampiran tempat kerja mereka pada waktu makan tengah hari.
Wanita yang menjadi sasarannya tiba di tempat berkenaan selepas dipujuk oleh rakan sekerja yang lain tetapi hingga kini masih belum memberi jawapan.
Lelaki itu melakukannya sehari sebelum 11/11 (11 November) yang digelar ‘Hari Single’, hari yang biasanya menyaksikan jualan barangan di China meningkat mendadak kerana jumlah orang yang ingin melakukan perbuatan ganjil serupa itu, tetapi dalam skala lebih kecil.
Beberapa minggu lalu, seorang jutawan menghadiahkan seluruh rakan sekolah menengahnya telefon pintar berkenaan. - Agensi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Iphone 6 99 biji untuk memikat hati rakan sekerja"
Post a Comment