Anda mungkin sering mengalami situasi seperti berikut:
** Sedang tidur, tetapi terasa ada sesuatu seperti semut sedang merayap di bahagian tubuh anda dan membuatkan tidur anda diganggu.
**Anda bangun dari tidur dan mendapati kulit anda seperti digigit nyamuk, penuh dengan kesan merah-merah. Untuk pengetahuan anda, gigitan nyamuk mengambil masa yang agak sekejap untuk hilang, tetapi gigitan pepijat mengambil masa 3 hingga 4 hari untuk hilang.
**Anda sudah mengambil inisiatif untuk membuang pepijat dengan pelbagai cara? mungkin rendam cadar dan sarung bantal dengan air panas atau jemur tilam dan bantal di bawah terik matahari? ataupun membunuh pepijat secara manual? dan meninggalkan kesan darah pepijat di tilam, bantal dan sarung bantal. Pelbagai cara sudah digunakan, tetapi masih ada pepijat lagi.
**Alternatif terakhir, anda buang tilam anda dan beli yang baru tetapi beberapa lama kemudian pepijat tetap muncul kembali?? Mengapa pepijat ini masih muncul yaa?
Pelbagai cara sudah dilakukan. Bagaimana mahu mengatasi pepijat ini? Mengapa masih ada? Jawapannya: sebenarnya anda tidak mengatasi masalah pepijat ini dengan efekif. Cara-cara di atas adalah betul. Tetapi anda tidak melakukannya dengan berterusan. Anda selalu hangat-hangat tahik ayam apabila masuk ke bab untuk membuang pepijat. Anda lebih banyak mengeluh daripada membunuh pepijat.
Pepijat gemar duduk di tempat-tempat yang tersorok dan gelap. Ini memudahkannya senang untuk bertelur. Pepijat mungkin sudah dibunuh tetapi telurnya masih ada bagi menyambung warisan nenek moyangnya untuk menghisap darah. Dan kemudian setelah cukup dewasa ianya bertelur lagi dan kemudian disambung lagi oleh warisan cucu cicitnya untuk mengulangi segala proses yang tersebut. Jadi, adalah disebabkan itu, adalah wajib bagi kita mengatasi masalah pepijat ini secara berterusan.
Asingkan tilam atau bantal yang disyaki 'ada' pepijat dengan tilam dan bantal yang lain. Buang pepijat secara manual dengan tangan anda, dan rendam cadar dengan air panas sebanyak 2 kali sehingga diyakini telur pepijat sudah mati. Perkara yang sama dilakukan pada tilam dan bantal. Cuma anda tidak perlu 'rendam dengan air panas'. Buang pepijat secara manual. Gunakan 'spray' pepijat atau 'spray' utk serangga. Kemudian jemur di bawah terik matahari. Tilam dan bantal mesti dijemur setiap hari di bawah terik matahari berjam-jam lamanya. Ini adalah perkara yang sangat kritikal kerana tilam dan bantal adalah 'rumah' bagi pepijat tersebut. Jadi, adalah sewajarnya perkara ini dilakukan secara berterusan supaya telur tersebut tidak boleh membiak.
Apalagi? jangan tunggu esok! Mari kita beramai-ramai membunuh pepijat yang mengganggu tidur kita!
sumber : http://pepijat-bed-bugs.blogspot.com/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ada masalah pepijat boleh call kami atau whatsapp kami 01117557442
ReplyDelete