Sekarang jeruk mangga asam boi bercili menjadi satu fenomena yang hangat di laman social seperti facebook dan instagram. Ramai yang mengatakan jeruk mangga ini tersangat sedap apabila dicampur dengan cili api dan asam boi. Selama ini, acapkali kita makan jeruk mangga yang biasa sahaja di awet menggunakan bahan kimia yang boleh menyebabkan jeruk itu tahan lama.
Ramai juga yang sanggup mengeluarkan duit untuk membeli dan merasai keenakkan jeruk mangga adam boi bercili ni. Sebenarnya, kita boleh sahaja buat sendiri di rumah. Lagi jimat dan boleh buat sebanyak mana yang kita mahu. Bahan yang digunakan pun bukan susah untuk dijumpai cuma mungkin kena cari buah mangga yang betul-betul sedap untuk dibuat jeruk.
Kali ini, Admin ingin kongsikan resepi untuk buat mangga asam boi bercili. Selamat mencuba.
RESEPI JERUK MANGGA ASAM BOI BERCILI
1) Mangga Muda (Suka hati banyak mana yang diingini)
2) Satu bekas Asam Boi
3) Cili Padi potong kecil (Ikutlah nak kadar kepedasan banyak mana)
CARA-CARA NAK BUAT JERUK MANGGA ASAM BOI BERCILI
1) Basuh dan Potong Mangga muda tadi mengikut citarasa anda
2) Potong juga cili padi, nak lebih pedas letak banyak sikit, kalau tak tahan pedas letak sedikit sahaja supaya ada rasa pedas-pedas sedikit apabila makan jeruk mangga asam boi bercili ni.
3) Satu kan semua bahan dan letakkan dalam 1 bekas, tutup rapat dan sejukkan didalam peti sejuk selama 4 hingga 5 jam, lagi lama lagi sedap.
sumber : http://syamilamohd.com/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Resepi Jeruk Mangga Asam Boi Bercili"
Post a Comment