Kekurekure menulis : Tugas seorang khatib adalah untuk menyampaikan khutbah. Tetapi lain jadinya bagi seorang khatib di GEORGETOWN.
Polis akan memanggil seorang khatib yang didakwa menyampaikan khutbah Jumaat dengan mengkritik tindakan polis serta kerajaan menahan anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) pada 31 Ogos lalu.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalthrash Wahid berkata, pihaknya menerima laporan mengenainya daripada seorang lelaki petang semalam.
Beliau berkata, kertas siasatan sudah dibuka dan polis akan memanggilnya untuk diambil keterangan.
"Saya mengesahkan menerima laporan dan membuka kertas siasatan mengikut Sekyen 4 (1) (b) Akta Hasutan 1948," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.
Sinar Harian hari ini melaporkan, seorang ahli Pas kawasan Tanjung, Ariff Ibrahim membuat laporan polis berhubung tindakan seorang khatib yang menyampaikan khutbah berbaur hasutan di sebuah masjid di Jalan Terengganu, petang semalam.
Kekurekure harap khatib jangan terlalu menghentam kerajaan malah sampaikan la dakwah kepada orang ramai dengan penuh keikhlasan. Sumber - Sinar Harian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Khatib didakwa atas Akta Hasutan"
Post a Comment