Kekurekure menulis : Kebersihan tandas perlulah diberi perhatian sepenuhnya oleh semua orang. Aspek kebersihan terutama melibatkan tandas perlu diberi penekanan utama, bersesuaian dengan peranan institusi masjid sebagai tempat ibadah bagi umat Islam.
Orang awam, Suhaimi Badrul ketika ditemui berkata, kebanyakan keadaan tandas di masjid-masjid sekitar daerah ini amat mengecewakan.
"Selain kotor, ia juga berbau kurang enak dan keadaan ini akan lebih memalukan pada musim cuti sekolah atau cuti umum.
"Apabila pengunjung dari luar negeri ini menggunakan kemudahan tandas tidak terurus, sudah tentu imej buruk bakal melekat kepada negeri yang dikenali sebagai serambi Mekah ini," katanya.
Tambah Suhaimi, masalah tersebut tidak boleh dipandang ringan dan langkah segera harus diambil oleh ahli jawatankuasa masjid. Sumber Sinar Harian
Kekurekure berharap agar kita semua dapat menjaga kebersihan tandas tidak kira dimana sahaja.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Tandas Masjid Kotor"
Post a Comment